Wednesday, 21 July 2010
Monday, 28 June 2010
Rukun Solat
- Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:
1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.
2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.
3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz. Boleh juga dengan lafaz
atau
. Syarat-syarat takbir ialah :
4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:
- Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
- Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
- Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
- Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
- Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
- Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.
- Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
- Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
- Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
- Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
- Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
- Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.
6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:
- Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
- Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
- Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
- Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
- Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
- Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
- Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.
8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.
- Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
- Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
- Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

- Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
- Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
- Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
- Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
- Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
- Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya

- Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
- Hendaklah dengan lafaz “Muhammad”
. Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah”
atau “An-Nabiy”
.
- Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
- Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.
- Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam
iaitu
, maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin
.
- Diucapkan dengan “kaf al-khitab”
bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
- Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
- Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘”
yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
- Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
- Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
- Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
- Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
- Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.
Waktu Yang Ditegah Melakukan Solat Sunat
- selepas solat subuh sehingga naik matahari
- waktu terbit matahari
- waktu matahari tepat di atas kepala (tengah rembang)
- selepas solat asar hingga terbenam matahari
- ketika matahari sedang terbenam
- Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:
1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.
2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah. - Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:
1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.
2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).
3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.
4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri. - Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki minbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya.
Tuesday, 9 February 2010
Ilmu Dari Mimpi Adalah Tipu Helah Iblis
Saya telah beberapa kali bermimpi, didatangi oleh seorang lelaki memegang tasbih, berjubah hijau dan memakai serban. Lelaki ini, dalam mimpi yang ketiga, yang berlaku dalam tempoh lebih kurang tiga minggu memberi sepotong ayat untuk diamalkan. Ayat ini pada mulanya tidak dapat saya ingati apabila terjaga, tetapi akhirnya ayat itu dapat saya ingati lalu saya perdengarkan kepada seorang ustaz, di mana ustaz tersebut menyatakan bahawa ayat tersebut adalah benar.
Saya telah mengamalkan ayat tersebut, terutamanya selepas sembahyang fardu, seperti yang diajar dalam mimpi tersebut pada pertemuan yang tidak dapat dijelaskan waktunya. Persoalan saya ialah adakah mimpi saya itu baik, tidak mendatangkan masalah kepada saya, termasuk iktikad saya? Setakat ini saya telah menggunakan ayat-ayat tersebut untuk mengubati orang sakit, dan berjaya. - Salmi, Kota Bharu.
JAWAPAN:
Perlu diperjelaskan bahawa bukan mustahil apa yang berlaku ke atas saudara merupakan satu keistimewaan yang diberi oleh Allah ke atas hamba-Nya yang ikhlas, beriman lagi bertakarub kepada-Nya. Banyak cara Allah s.w.t. apabila Dia hendak menolong hamba-Nya. Allah apabila mahukan sesuatu itu berlaku ke atas hamba-Nya, maka akan terjadilah di mana ia tidak digagahi oleh sesiapa pun.
Walaupun demikian, setiap orang yang beriman itu perlu ditadbir oleh mereka yang berilmu. Kedua-duanya mimpi daripada iblis dan syaitan, dan ketiganya ialah mimpi mainan tidur.
Iblis dan syaitan diberi keistimewaan oleh Allah dapat melihat manusia, namun sebaliknya manusia tidak boleh melihat makhluk ini. Walaupun demikian, dalam keadaan tertentu manusia dapat melihat jin apabila penutup yang menghalang penglihatan manusia itu dibuka oleh Allah iaitu di kalangan mereka yang menuntut ilmu yang berkaitan dengan jin, membela, bersahabat atau bersaudara, mereka yang diganggu oleh jin (gangguan), atau mereka yang menghadapi masalah sihir, juga oleh sesiapa pun di mana hijab yang berlaku selama ini dibuka oleh Allah.
Jin tidak berupaya untuk berkomunikasi secara terus dengan manusia, kerana nature kejadian makhluk ini adalah berbeza. Manusia dijadikan oleh Allah daripada saripati tanah, manakala jin dijadikan Allah daripada api yang sangat panas. Manusia mempunyai jasad, tetapi jin tidak mempunyai jasad kasar seperti manusia. Ini adalah di antara sebab yang menjadi perbincangan atau perbalahan ahli-ahli falsafah kenapa manusia dan makhluk jin ini tidak dapat berhubung secara fizikal.
Walaupun demikian, makhluk halus ini berupaya berhubung dengan manusia ketika tidur melalui mimpi. Makhluk ini berupaya menyakiti manusia ketika hendak terlelap tidur, dengan mendatangkan pelbagai gangguan, menyebabkan seseorang itu berasa seolah-olah dihempap batu besar, ditikam di perut dengan benda tajam, berasa seolah-olah biji mata dipatuk oleh paruh burung yang besar, dicekik dan diselam dalam air menyebabkan orang yang tidur berkenaan tidak bernafas atau sesak nafas, menggigil ketakutan dalam keadaan berpeluh-peluh dan sebagainya.
Ketika sedang tidur makhluk ini boleh datang dalam mimpi, menyerupai binatang hitam yang menakutkan, menggigit, membelit dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu takut hendak tidur, lalu akhirnya jatuh sakit, atau sakitnya menjadi bertambah teruk.
Mengenai kes saudara, makhluk ini mendatangi saudara ketika dalam mimpi, dengan berjubah hijau dan sebagainya seperti yang saudara jelaskan. Jubah adalah lambang seorang yang alim apatah lagi dikaitkan dengan biji-biji tasbih di tangan. Warna hijau pula adalah warna kesukaan Nabi s.a.w. Keadaan seumpama ini adalah semata-mata untuk menarik minat saudara untuk mempercayai bahawa apa yang berlaku itu adalah pertolongan Allah, atau sekurang-kurangnya tidak ada kaitan dengan liku-liku atau helah jin, apatah lagi sekiranya ia berlaku ketika saudara dalam keadaan banyak berzikir, berdoa dan mendirikan sembahyang di keheningan malam.
Makhluk yang menjelma dalam bentuk atau rupa manusia alim ini begitu bijak. Ia tidak akan memberi doa sekali gus membolehkan saudara terus mengingati ayat-ayat yang diberi, tetapi ia akan memberinya sedikit buat permulaannya. Begitu juga yang dilakukan pada ketika yang lain, menyebabkan saudara begitu ghairah untuk mendapatkan doa yang ditayang-tayang dalam beberapa pertemuan mimpi.
Hidayah
Dalam keadaan apa sekalipun, selepas beberapa sesi mimpi yang terlalu mengharap, saudara akhirnya dapat ayat sepenuhnya seperti yang saudara jelaskan, dan didapati benar apabila saudara perdengarkan kepada orang yang faham mengenainya.
Dalam keadaan seperti ini, saudara akan terus-menerus mengamalkan apa yang disarankan oleh lelaki yang menjelma tadi. Dalam pertemuan yang lain, saudara akan dinasihatkan supaya memperbanyakkan lagi sedekah, perbanyakkan puasa Isnin dan Khamis, pergi umrah dan sebagainya. Semuanya ini menyebabkan saudara terus berkeyakinan bahawa apa yang berlaku tidak ada kaitan dengan jin atau jin-jin, tetapi merupakan ``maunah'' Allah, ataupun hidayah Allah, yang tidak diperoleh oleh semua orang.
Perjalanan saudara tidak berakhir begitu sahaja. Mungkin saudara, ataupun orang yang berpengalaman seperti saudara pada satu ketika pergi ke sekolah untuk mengajar seperti biasa. Ketika rehat salah seorang daripada guru perempuan teman saudara dengan tiba-tiba pening kepala lalu pengsan. Oleh kerana saudara dianggap sebagai seorang yang banyak ilmu agamanya, rajin berkata-kata mengenai agama, lalu teman-teman lain meminta jasa baik saudara supaya menolong teman yang sedang pengsan tadi.
Dalam keadaan kelam-kabut saudara rasa terdorong untuk menolong teman tadi, iaitu dengan membacakan doa yang saudara pelajari ketika tidur dan mengamalkan menurut panduan yang diberi dan didapati orang yang tidak sedarkan diri itu sembuh seperti sedia kala.
Terlalu banyak peristiwa seperti ini boleh berlaku yang melibatkan saudara yang akhirnya saudara menjadi seorang ``tok bomoh'', atau lain-lain julukan diberi oleh kawan-kawan, yang semuanya menghela kepada keyakinan diri bahawa saudara berupaya melakukan rawatan kepada pesakit.
Mungkin pada waktu lain, guru yang sama dengan tidak semena-mena pengsan, lalu mengeluarkan suara yang lain daripada suaranya, dan berkata dengan perkataan-perkataan yang tidak disangka-sangka, tetapi ada kebenarannya. Dan apabila saudara datang mendekatinya, membacakan doa yang saudara amalkan dalam segelas air, pesakit menjadi sembuh setelah minum.
Hal yang sama mungkin berlaku ketika saudara balik kampung, atau ke majlis-majlis perkahwinan, di mana pengantin perempuan dengan tidak semena-mena menjerit lalu tidak sedarkan diri. Dalam keadaan panik, dan tercari-cari orang yang pandai mengubat, memulihkan pengantin, saudara akhirnya terdorong untuk merawat pengantin yang pengsan tadi, dan sembuh.
Pada diri saudara, apa yang berlaku memberi keyakinan. Diyakini bahawa apa yang saudara dapat adalah daripada pertolongan Allah, apatah lagi ketika itu saudara selalu melakukan sembahyang di waktu malam, puasa Isnin dan Khamis, banyak bersedekah dan sebagainya, tetapi dari satu sudut lain, apa yang berlaku adalah hasil dari permainan dan tipu helah syaitan.
Guru yang sakit yang pengsan di sekolah, ataupun pengantin yang tidak sedarkan diri meracau ketika bersanding itu berlaku kerana angkara jin yang sama, iaitu perbuatan jin yang datang menjelma dalam mimpi saudara. Iaitu jin yang datang berjubah hijau, memegang tasbih berserban. Setelah memberi doa kepada saudara, lalu perasaan rasa yakin diri itu tersemat dalam diri, jin yang sama datang kepada guru yang ada di sekolah tempat saudara mengajar, lalu mencekik atau menyakitinya, dan meresap dalam tubuhnya. Makhluk jin ini dalam masa yang sama mendorong saudara untuk memulihkannya, lalu saudara berjaya memulihkannya.
Begitu juga yang berlaku ketika pengantin perempuan bersanding di mana masalah yang timbul adalah angkara jin yang sama. Walaupun demikian, apa yang berlaku tidak mudah diketahui atau disedari oleh manusia kerana tindak-tanduk, dan tipu helah jin atau iblis syaitan musuh manusia itu terlalu besar muslihatnya.
Terlalu banyak tipu helah makhluk halus yang menyebabkan seseorang itu sesat, tetapi merasakan dirinya mendapat maunah atau hidayah Allah. Makhluk ini secara tidak langsung mengajar dan membantu manusia melakukan rawatan dengan pelbagai kaedah, termasuk mengajar manusia atau berhubung dengan manusia ketika tidur. Setelah saudara benar-benar yakin, makhluk ini berkemungkinan meresap dalam diri saudara, menyebabkan saudara, ataupun orang yang mempunyai pengalaman seperti ini melakukan rawatan dalam keadaan menurun, di mana makhluk ini menggunakan jasad manusia untuk melakukan rawatan, mencari barang hilang, memberi petua penerang hati dan sebagainya. Fenomena seperti ini hakikatnya banyak berlaku di kalangan mereka yang melibatkan diri dengan ilmu kebatinan hingga sekarang ini tanpa disedari.
Perbicaraan mengenai ilmu yang diperoleh dalam mimpi banyak berlaku. Sukar untuk membezakan antara mereka yang mendapat maunah atau hidayah benar-benar daripada Allah. Biar dalam keadaan apa sekalipun, saya berkeyakinan bahawa kebanyakan mereka yang memperoleh ilmu melalui mimpi hakikatnya adalah daripada tipu helah iblis dan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Sedutan dari:
Rencana oleh Dr. Amran Kasimin
Mingguan Malaysia
Berlakunya Kesesatan Dlm Perubatan Tradisional

bidang perubatan yang dilakukan Dukun, Tok Bomoh dan seumpamanya.
Kesesatan tersebut bolehlah di bahagikan kepada tiga bahagian yang utama antaranya :-
rendah atau yang terdiri daripada Jin-Jin kafir.
Mereka menjadi sesat melalui berbagai cara antaranya :-
1. Melalui Jampi, mentera dan serapah.
Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau
mentera yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka.
Biasanya jampi mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah ……… Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di
tengah-tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin
bagi meminta pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau mendapatkan sesuatu. Contohnya seperti :-
a. Amalan Batin.
" Bismillahirrahmanirrahim." Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining, sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali puro, berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
b. Serapah Lekat Tulang.
" Bismillahirrahmanirrahim." Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan buat daku, kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang, kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
c. Serapah menepung Tawar
" Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku, dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
d. Mentera Menepung Tawar.
" Bismillahirrahmanirrahim." Hai ya sema yang semung, ya sema tiga
terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang batang terkendong, ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya melepas, siapa yang melepas, dalam asal punya melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa punya melepas, sema putih punya melepas, siapa punya melepas, sema hitam punya melepas, Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat puluh, pelepas kata dengan berkat Lailahaillah
Muhammadurrasulullah.
Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan
dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan perbuatan syirik kerana menyama-tarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah.
2. Melalui Perbuatan atau Kelakuan.
a. Kesesatan Tok Bomoh Perubatan
Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada
perbuatan dan kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke
dalam tubuh badan mereka yang di panggil " Tanasakhul Aruah " semasa
mereka melakukan perubatan " Menurun " yang dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut.
Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun qias dan lain-lain pendapat
yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang dijelmakan.
b. Kesesatan Bidan
Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada yang tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak
sedarkan diri.
c. Kesesatan Mak Andam
Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana
persandingan ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari berinai, masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan suasana dan perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita.
Sedangkan sebagaimana yang telah kita
ketahui bahawa upacara persandingan tidak pernah ujud dalam tamadun
Islam, tambahan lagi mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai
itu hukumnya haram dan persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah
Nabi s.a.w.
d. Kesesatan Tok Guru Latihan Pertahanan Diri.
Kesesatan boleh berlaku ke atas tok guru latihan pertahanan diri atau pendekar seni pertahanan diri jika mereka melakukan salah satu daripada perkara yang diharamkan oleh syarak.
Antaranya :-
i. Melalui kaedah " Mubai'at yang disertakan dengan kalimah Qasam
atau sumpah-sumpah yang bertujuan kepada hikmah dan perkara-perkara
luar biasa yang mencarik adat.
ii. Melalui petua-petua atau kaedah yang ada pantang larang yang menepati hukum syarak.
iii. Melalui petua-petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara luar biasa yang mencarik adat.
iv. Melalui petua-petua atau kaedah yang berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi atau doa semata-mata tanpa mengharapkan pertolongan daripada Allah.
v. Tidak tahu asal usul ilmu yang dipelajarinya itu dan yang
diajarinya kepada orang lain.
Kebiasaanya tok guru latihan pertahanan diri juga merupakan Tok
Bomoh kerana di samping beliau mampu berlatihan pertahanan diri beliau juga biasanya mampu mengubati orang sakit.
Kesalahan besar yang telah dilakukan oleh tok guru latihan pertahanan diri yang sesat ini ialah sudahlah diri mereka sendiri telah tersesat melalui
amalan-amalan yang sesat itu, kemudian mereka mengajarkan pula ilmu sesat itu kepada anak-anak muridnya, yang bukan saja mengamalkan ilmu tersebut, malahan juga akan turut tersesat sama. Jika kumpulan ini terus mengembangkan ilmu tersebut maka akan bertambah ramai lagilah orang yang akan tersesat.
Kesalahan yang sering mereka lakukan ialah dari segi penggunaan jampi dan mentera yang digunakan dalam kebanyakan latihan pertahanan diri terdapat seruan-seruan terhadap bantuan Jin bagi memulakan latihan. Berbagai-bagai bentuk mentera dan jampi digunakan dalam pelbagai jenis latihan pertahanan diri, antaranya menyeru roh Panglima Hitam, atau roh-roh panglima-panglima yang lain samada Hang Tuah atau Hang Jebat dan sebagainya.
Kesesatan dalam perbuatan dan permainan latihan diri pula ialah,
terdapat sesetengah latihan pertahanan diri itu yang mensyaratkan pelatih pertahanan diri mestilah tidak sedarkan diri terlebih dahulu sebelum boleh menzahirkan perkara-perkara yang luar biasa, seperti melayang diatas pucuk pokok kayu, boleh melekat di dinding seperti cicak, boleh bertenggek di atas pucuk pisang seperti katak dan sebagainya.
Perbuatan seperti itu sebenarnya menyalahi syarak kerana rohani Jin telah masuk kedalam tubuh pelatih pertahanan diri tersebut sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Pemulihan pula dilakukan dengan membaca jampi dan mentera tertentu oleh tok guru latihan pertahanan diri tersebut. Setelah sedar pelatih itu
tidak ingat apa-apa dan merasa letih yang amat sangat.
e. Kesesatan Ulama.
Ulama boleh menjadi sesat sekiranya mereka berhubung dengan khadam-
khadam tumpangan yang terdiri daripada rohani Jin Islam atau Jin kafir alam rendah yang datang mengikut perjanjian penerimaan persahabatan, samada melalui mimpi atau jaga, melalui wirid, jampi, doa dan seumpamanya. Bermula dari situ ulama tersebut menjadi popular dan akan di kunjungi oleh orang ramai bagi meminta
pertolongan seperti sembahyang hajat, mengubati penyakit, memberi kuliah-kuliah agama dan sebagainya.
Lazimnya ulama-ulama yang terjebak dalam persahabatan dengan Khadam-
khadam ini, sebenarnya mereka tertipu dan di tipu dengan syarat-syarat yang menepati hukum syarak yang didatangkan oleh khadam-khadam tersebut atau terpedaya dengan ketinggian ilmu, kealiman, kewarakan, kesolehan, ketinggian kelulusan atau pangkat kebesaran.
Mereka hanya meniru sahabat-sahabatnya yang ahli dalam babnya. Dimana mereka sebenarnya tidak sedar bahawa mereka hanya alim dalam ilmu zahir dan ilmu-ilmu tertentu sahaja, tapi pada pandangan umum keilmuan mereka sudah lengkap dan mengcakupi dalam semua segi. Mereka harus sedar bahawa dalam diri mereka masih ada lagi sifat-
sifat mazmumah
Dari satu segi perbuatan tersebut memang kelihatan baik dan tidak
terdapat apa-apa kesalahan, tetapi yang menjadi kesalahan dan menyesatkan pula ialah cara ulama tersebut menerima amalan dan pertolongan tersebut. Mereka menerima pertolongan daripada khadam Jin dan mereka pula memberi pertolongan kepada orang lain melalui bantuan khadam-khadam mereka.
Ulama-ulama jenis ini berselindung di sebalik keulamakan yang ada pada mereka, kerana kepentingan dan keegoan diri serta mempunyai sikap yang buruk. Kadang-kala mereka menggunakan kedudukan mereka untuk cuba menyebarkan fahaman dan kaedah perubatan mereka itu, sedangkan mereka tidak sedar yang mereka telah di perbudak-budakkan oleh puak-puak Jin yang pintar menipu manusia itu.
B. Kesesatan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Berubat.
1. Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat.
Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di
anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada penyakit mereka.
Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.
Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga, sahabat handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara tertentu atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi
kesalahan dan kadang-kala boleh menyebabkan seseorang itu menjadi
murtad dengan tidak disedari. Waliyazubillahi min zalik.
Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat
yang berlaku dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak
Bidan Tetek Lanjut di Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong,
Kati, Kuala Kangsar, Memuja kubur-kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak
Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak siapa pun yang mengetahui
asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi kuburnya dengan sesuatu
tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan perbuatan bidaah dholalah yang haram semata-mata, kerana menganggapnya keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat berkat dan sebagainya.
Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung
mengunjunginya dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa
pulut kuning, ancak, kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu hajat. Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan tulang ayam itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong.
Tidak ketinggalan kubur tersebut juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan pertahanan diri dan pengikut mereka untuk mengambil berkat dan lain-
lain yang seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke Kuala Kangsar sahaja.
Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan kubur-kubur di Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat. Sebenarnya kubur-kubur di pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya orang yang tidak tahu menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di tipu oleh
kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu
mereka melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan.
2. Pengeras / Upah.
Kebiasaan pengeras atau upah yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang.
Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras
secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam
upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang
menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya.
Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit. Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.
Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh.
Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-
Quran , Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah
diharuskan oleh syarak, berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan
oleh Saad bin Abi Waqas.
3. Pemutus Ubat.
Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut
setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat " penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-
a. Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.
b. Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu
c. Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali
d. Membuat kenduri aruah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar, pulut kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.
Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta berittikad bahawa
tok-tok Bomoh atau doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit
dengan ikhtiar dan usaha mereka atau melalui ubat-ubatan dan jampi-
jampian mereka yang memberi bekas dalam menyembuhkan penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya jatuh kedalam murtad, kerana ia telah berpegang teguh dengan keyakinan tersebut sehingga menjadi satu ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu memberi bekas dalam menghasiklan sesuatu
Sekian
(Rencana sedutan dari Hj. Ahmad bin Che Din.)
Tuesday, 26 January 2010
Amalan Khurafat Dlm Adat Istiadat Orang Melayu
Persoalannya golongan manakah yang
mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ?
Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak?
Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu.
Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada
majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu
kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita.
Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya
sebagai ahli kubur.
Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya.
Peranan mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini
bergantung kepada bidang masing-masing. Antara Contoh-contoh adat
istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang
Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-
a. Mendirikan Rumah Baru.
Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.
Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk
mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.
b. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.
Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal
tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa
belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.
c. Kenduri Tolak Bala.
Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.
Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :-
i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut
ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.
d. Upacara Persandingan.
Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.
Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini di arak dan di sanjung serta di
puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewi Sita,
dengan sebab itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.
e. Mengandung / Kelahiran bayi
Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.
f. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.
Semasa seseorang meninggal dunia Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat ke kubur diadakan pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih). Kenduri 40 hari sebagai
tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.
Sebenarnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada ibu bapa yang telah mati daripada waris-warisnya yang masih hidup terutamanya anak-anak adalah digalakkan dalam Islam.
g. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.
Upacara ini biasanya di lakukan oleh guru latihan pertahanan diri yang juga merupakan seorang Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan
upacara yang di lakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang.
Sesetengahnya menyapu darah tersebut di tapak kaki pelatih latian pertahanan diri. Selepas itu Bomoh tersebut akan menyeru nama-nama panglima tertentu seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Bomoh tersebut akan mengasapkan kemian
di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk menghalau hantu-hantu jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan dirinya.
h. Membuang Air Kecil/Besar
Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua
kepada anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut "Minta tabik
tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang kencing" atau "Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu". Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.
Kesemua adat-adat di atas sebenarnya adalah campuran daripada pengaruh agama Hindu, agama Buddha dan adat istiadat orang-orang Asli yang memuja roh. Adat-adat tersebut masih kuat diamalkan dalam budaya orang Melayu, yang menyangkakan sebahagian daripada adat Melayu yang tidak bertentangan dengan agama Islam, tetapi sebenarnya
adat istiadat dan budaya tersebut terang-terang bertentangan dengan
Islam. Contoh Peralatan dalam pemujaan jin Yang biasa dilakukan oleh Bomoh, Pawang dan seumpamanya.
Peralatan yang sering digunakan oleh Bomoh dalam pemujaan jin yang kononnya dikatakan sebagai salah satu upacara dalam adat istiadat Melayu yang tidak boleh ditinggalkan antaranya adalah
seperti berikut :-
a. Puja Kubur.
Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.
Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau " jamu " seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat, yang hakikatnya
adalah untuk " jamu " Jin . Yang jelas di sini sebenarnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang mahu menyesatkan mereka.
b. Keris, Kemian dan Limau.
Keris sering dikaitkan dengan latihan
pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemashuran. Kebiasaannya banyak daripada keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan keris sebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu di pelihara dan di jaga dengan baik. Keris tersebut perlu dimandikan
dengan limau dan di asapkan dengan kemian serta di balut dengan kain
kuning atau hitam dan di simpan di tempat yang selamat. Pemujaan
keris ini selalunya di buat pada malam jumaat dengan bacaan mentera
dan jampi-jampi tertentu.
Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan untuk memelihara kekuatan keris
tersebut, supaya penjaga (saka) keris itu tidak menggangu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris tersebut tidak mempunyai apa-
apa kuasa kerana ianya adalah merupakan besi semata-mata tetapi yang berperanan terhadap keris tersebut, sebenarnya adalah terdiri daripada Jin yang menjadi khadam kepada keris tersebut.
c. Ancak.
Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada
juga terdapat ancak yang di buat daripada daun pisang yang di isi
dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.
Ancak juga di gunakan sebagai "jamu" untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-
Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan.
d. Sanggu
Sanggu atau sampan biasanya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok. Di ambil upih atau seludang itu mestilah pada waktu senja.
Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap
ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi-jampi tertentu. Tujuan pemujaan Jin yang menggunakan sanggu ini kebiasaannya adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka.
Perkakas dan alat "jamu" yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.
e. Sangkak
Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat
tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah di
proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih
sebagai "jamu" bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya
atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.
Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak
tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan
diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan
sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula
maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.
f. Pemujaan Tanduk Kerbau.
Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.
Kepercayaan ini sebenarnya ada hubungan dengan kepercayaan puja Dewa
bagi satu puak di Tanah Jawa, yang mempercayai adanya kuasa pada
tanduk kerbau itu apabila di puja dan di sembah. (sebenarnya adalah kuasa Jin )
Pemujaan tanduk kerbau sering di aitkan dengan sesuatu keturunan. Namun apa yang jelas tanduk kerbau ini di gunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau " jamu" kepada Jin tersebut. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung
tersebut atau anak cucu orang yang berkenaan.
Biasanya tanduk tersebut diletakkan di atas suatu tempat tertentu, di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya
dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Pawang atau Bomoh akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah tertentu untuk memanggil Jin berkenaan. Kadang kala apabila Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh Pawang atau bomoh tersebut, dan bomoh itu akan bercakap sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.
Ringkasnya pemujaan-pemujaan seperti yang dilakukan di atas adalah terang-terang bertentangan dengan agama Islam yang mulia dan semata-mata perkara Khurafat yang mesti kita jauhi demi keselamatan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat.
Keselamatan, kesihatan dan rezeki manusia sebenarnya telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada
keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.
KERIS LAGENDA ALAM MELAYU
Keris tidak dapat dipisahkan daripada orang Melayu. Keris merupakan lambang dalam alam latihan pertahanan diri bagi hulubalang-hulubalang dalam masyarakat Melayu sejak dari dahulu hingga kini.
Kehebatan dan kemegahan seni latihan pertahanan diri juga tidak akan teserlah tanpa penggunaan keris. Demikian juga sebahagian daripada
permainan seni latihan pertahanan diri tidak akan sempurna jika tidak ada permainan keris.
Keris juga merupakan senjata utama kepada ahli-ahli latihan pertahanan diri Melayu. Tanpa keris seperti ada kecacatan pada seni latihan pertahanan diri tersebut. Sungguhpun keris tidak di bawa berjalan merata-rata pada zaman sekarang, namun ia masih lagi
berfungsi sebagai mercu kemegahan seni latihan pertahanan diri tersebut, terutamanya pada saat upacara tamat latihan.
Keris juga memainkan peranan penting kepada sesetengah Bomoh, Pawang dan Dukun. Di dalam arena perubatan tradisional Melayu, keris digunakan sebagai alat perantaraan antara Jin dengan Bomoh bagi mengadakan upacara tertentu. Kadang-kala keris itu di
asap dengan kemian terlebih dahulu untuk menyeru Jin yang dihajati.
Setelah beberapa ketika datanglah Jin yang di seru itu melalui Bomoh tersebut. Ada sesetengah Bomoh yang menggeletar tubuh badan mereka apabila dimasuki Jin, namun ada juga yang sampai berguling-guling dan tidak ketinggalan juga yang berkeadaan biasa apabila dimasuki oleh Jin tersebut. Setelah selesai upacara itu dan Jin
tersebut telah keluar dari tubuh bomoh, maka keris tersebut akan
di kucup, di asap dan disarungkan kembali ke dalam sarungnya.
Biasanya orang-orang yang terlibat dalam bidang latihan pertahanan
diri dan perbomohan gemar menggunakan keris, kerana mereka mempunyai
kepercayaan yang kuat kepada kuasa keris tersebut. Sesetengahnya
mendakwa memperolehinya dalam mimpi, apabila bangun dari tidur,
didapatinya keris tersebut telah berada di sisinya.
Sesetengahnya pula mendapat keris tersebut setelah sekian lama bertapa di tempat-tempat tertentu. Tidak kurang juga yang memperolehinya dari warisan turun temurun dari datuk nenek mereka, yang kononnya mereka adalah
warisnya dengan disyaratkan kepada mereka yang menjaga keris itu,
mestilah melakukan apa jua syarat yang diperlukan sebagai penjaga warisan keris tersebut.
Dengan memiliki keris tersebut, jadilah ia seorang Bomoh ataupun
pendekar dengan bantuan Jin penjaga keris terebut. Keris itu dihormati sebagai tetamu dan di jaga dengan rapi. Sesetengahnya mengambil kesempatan pada malam Jumaat untuk mengasapkan keris tersebut dengan kemian dan dimandikan dengan sintuk dan limau nipis bagi menjaga kuasa yang ada pada keris tersebut supaya tidak hilang. Selepas itu keris tersebut di bungkus dengan kain kuning atau hitam, di kucup dan di simpan di tempat yang khas dan selamat.
Ada di antara keris-keris itu yang berbunyi pada waktu malam atau
siang mengikut keadaan dan keperluan. Contohnya bila ada tetamu hendak datang atau bila ada sesuatu bencana yang akan berlaku seperti banjir, musuh akan datang menyerang dan sebagainya. Keadaan berbunyinya berbeza-beza. Ada yang keluar masuk sarung tanpa henti sehingga diberhentikan, ada juga yang berlegar-legar atau bergegar di tempatnya dan macam-macam cara lagi.
Mengikut perkiraan lojik, adakah keris itu mempunyai nyawa untuk berbunyi atau bergerak-gerak ataupun keluar masuk ke dalam sarungnya sendiri? Tetapi apa yang sebenar berlaku ialah bergeraknya keris itu adalah disebabkan oleh Jin penjaga keris itu yang mahu memberitahu sesuatu kepada tuannya.
Orang yang sebeginilah yang selalunya di anggap Tok Keramat oleh sesetengah orang. Sebenarnya bagi orang yang memiliki keris tersebut, Jin penjaga
keris itu bukan lagi sebagi khadam kepada keris itu, tetapi
sebaliknya sebagai tuan kepada manusia, kerana manusia (tuan
keris) itu terpaksa akur dan patuh kepada segala kehendak Jin tersebut.
Kerana itulah keris tersebut perlu di asap dan dilimaukan sebagai syarat perhubungan mereka. Jika tidak Jin itu akan menggangu tuannya atau jika tuan keris itu sudah meninggal dunia maka Jin itu akan menggangu anak-cucunya pula dengan berbagai-bagai kesusahan dan penyakit. Penyakit itulah yang dinamakan "saka" atau keturunan. Maka bagi anak cucu yang mahu membela,
maka diamlah Jin tersebut dari menggangu, sementara yang tidak mahu
menerima, saka Jin itu akan terus menerus menggangunya.
-Hj. Ahmad b. Hj. Che Din-
Ayat Al-Quran -- Fahaman dan Amalan yang Salah
Sama ada kita sedar ataupun tidak, banyak aspek dalam agama Islam yang pemahaman dan penghayatannya terpesong ataupun lari daripada paksi hakikat sebenar. Fenomena ini kalau diibaratkan menanam padi, kita tanam di kawasan yang tidak subur dan tanah yang tidak sesuai untuk tanaman jenis itu. Natijahnya kita tidak akan mendapat hasil yang lumayan ataupun kemungkinan padi tidak akan menjadi sama sekali.
Namun dalam amalan atau pun penghayatan Islam, kesannya jauh lebih buruk daripada kerja menanam padi seperti itu, kerana kita akan mengalami dua kerugian serentak sekiranya melakukan kesalahan dalam pemahaman dan amalan. Pertama tidak mendapat pahala daripada apa yang kita amalkan, kedua ia mendatangkan dosa - kemurkaan Allah s.w.t. pula. Implikasi daripada ini kita akan menanggung kerugian besar kerana kita melakukan perbuatan yang sia-sia.
Persoalan mengenai penggunaan ayat Seribu Dinar sebagai pelaris perniagaan seperti mana yang dibangkitkan oleh Mualim di dalam ruangan ini pada 28 Julai 2003, adalah di antara contoh bagaimana umat Islam tersilap dan tersasau jauh daripada memahami dan mengamalkan ajaran agama (al-Quran) yang sebenarnya.
Penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan komersial bukan sahaja terbatas kepada ayat Seribu Dinar yang kerap dilihat bergantungan di kedai-kedai makan atau gedung perniagaan, tetapi ayat-ayat lain juga. Di antara ayat-ayat yang popular dan sering disalahgunakan ialah ayat dalam surah Yasin, surah al-Ikhlas, surah al-Baqarah (Ayat Kursi) dan lain-lain.
Misalnya ayat dalam surah Yasin ayat ke 9: ``Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula) dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat,'' dijadikan tangkal dan azimat oleh para penuntut ilmu kebatinan. Kononnya kalau memakai ayat itu mereka akan dapat mengghaibkan diri daripada pandangan orang ramai. Tubuh mereka juga tidak lut apabila ditikam dengan senjata tajam.
Lebih tidak sopan lagi daripada itu, ayat berkenaan dijadikan ubat pengasih (guna-guna) untuk menundukkan perempuan agar jatuh hati kepada seseorang. Jika seseorang perempuan yang culas dengan lelaki yang berkehendakkannya, ia boleh dijinakkan apabila membaca ayat berkenaan dengan sedikit isyarat ataupun simbol perbuatan lain. Misalnya ambil segenggam pasir kemudian dijampi dengan ayat itu dan ditabur kepada seseorang perempuan. Apabila si perempuan itu terpijak atau melangkahi pasir itu, dia akan tunduk dan mengikut (jatuh hati) kepada lelaki yang melakukannya.
Demikian juga dengan ayat 255 (Ayat Kursi) dalam surah Al-Baqarah; ``Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus (makhluk-Nya) tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa-apa yang di langit dan apa yang di bumi. ``Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Allah Maka Tinggi lagi Maha Besar.''
Ayat ini juga sering dijadikan azimat atau tangkal. Ditulis di atas kertas kemudian dibungkus dalam kain berwarna kuning dan dipakai di pinggang ataupun di pergelangan tangan. Bungkusan azimat itu biasanya akan dijual dengan harga yang mahal! Kononya dengan berbuat begitu seseorang itu akan tidak dapat dilihat ataupun diserang oleh musuh. Ayat Kursi ini juga digunakan untuk menghalau hantu ataupun menghalang gangguan syaitan. Kalaulah benar seperti yang didakwa, (ayat dalam surah Yasin) itu boleh menundukkan perempuan maka sudah tidak ada lagi keikhlasan cinta perempuan itu kepada lelaki yang melakukannya kerana ia diperlakukan dengan paksaan. Apakah hukumnya pula kalau kita melakukan paksaan ataupun tipu daya ke atas seseorang demi kepentingan kita?
Kalaulah untuk memasuki (memeluk) agama Islam tidak ada paksaan ke atas seseorang, apa lagi dengan manusia memaksa manusia lain agar menyintainya? Tentulah ia tidak elok dan tidak boleh dilakukan. Perkahwinan adalah satu hubungan zahir dan batin untuk membangun ummah manusia di atas muka bumi ini, ia hendaklah dilakukan dengan penuh kesucian dan keikhlasan, bukannya paksaan. Sebenarnya masih banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang digunakan sewenang-wenangnya dan tidak menepati kehendak sewajarnya. Akhir-akhir ini berbagai-bagai jenis bomoh telah mengiklankan akan kehebatan mereka kononnya berubat menggunakan ayat-ayat al-Quran. Jampi mentera mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran. Sebenarnya cara itu hanya untuk menyakinkan orang ramai sahaja. Apalah yang boleh dilakukan dengan menggunakan ayat al-Quran sebagai mentera? Dan apakah ia pernah dipraktikkan pada zaman Rasulullah s.a.w.?
Memang benar setiap patah ayat al-Quran itu ada makna dan ertinya tersendiri. Ada sirnya, fadilat dan juga kelebihannya. Tetapi dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk semua jenis penyakit; termasuk kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya adalah tidak logik. Sebab setiap ayat al-Quran itu ada maqam dan tempatnya tersendiri. Proses penurunan al-Quran (Asbabun Nuzul) itu ada membawa maksud dan makna (relevensi) tersendiri dan bukan semua boleh dipakai sesuka hati.
Apa yang berlaku di dalam dunia perubatan tradisional kita hari ini begitulah. Bomoh menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai jampi mentera, dijadikan tangkal azimat untuk dipakai atau dilekatkan pada mana-mana bahagian tubuh. Dan ada yang lebih kolot dan tidak masuk akal lagi, mereka menulis ayat-ayat tertentu di atas kertas, dibakar kemudian dimasukan ke dalam air dan akhirnya disuruh minum. Cara itu bukannya menyembuhkan penyakit tetapi ia boleh menambahkan penyakit kerana kertas yang dibakar itu menghasilkan karbon dioksida.
Perlulah disedari bahwa penggunaan ayat-ayat al-Quran seperti itu salah dan berdosa. Tulisan atau huruf Arab tidak ada sebarang erti bagi konteks al-Quran sebenarnya. Ia hanyalah bentuk tulisan, dakwat dan kertas sahaja yang dijadikan simbol atau untuk menerbitkan bunyi (kalam) bagi menyampaikan mesejnya. Ayat al-Quran sebenarnya ialah apa yang dibaca, bunyi dan maksudnya itulah roh al-Quran. Kebanyakan kita memahami al-Quran itu seperti mana kita memahami sebuah novel. Hakikat novel sebenarnya ialah cerita dan jalan cerita yang terkandung di dalam sesebuah buku, dan bukannya buku itu sebagai novel.
Keyakinan kepada penggunaan ayat al-Quran seperti itu boleh menjatuhkan kita kepada syirik, iaitu berdosa kepada Allah. Syirik ialah menyekutukan Allah dengan lain-lain kuasa atau simbol. Orang syirik digolongkan mereka dalam golongan yang kufur iaitu ingkar kepada Allah. Tempat orang yang ingkar ialah neraka. ``Hai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.'' (Ali Imran: 102).
Tanpa disedari pengamal azimat, tangkal, menghiasi ayat al-Quran untuk tujuan tertentu adalah perbuatan syirik dan tidak ada kena mengena dengan tujuan Allah menurunkan al-Quran sebagai panduan.
Allah menyebut al-Quran untuk dijadikan panduan atau mengambil iktibar di atas kisah-kisah yang diceritakan di dalam kitab suci itu dan bukannya untuk ditulis kemudian dilekatkan kepada tubuh atau dijadikan jampi serapah. ``Kitab (Quran) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Yang beriman kepada yang ghaib, yang menunaikan solat dan yang menyedekahkan sebahagian rezeki yang dianugerahkan kepada mereka.'' (Al Baqarah : 2-3).
Keterangan ayat berkenaan menjelaskan al-Quran itu diturunkan kepada mereka yang bertakwa kepada Allah. Orang yang bertakwa tidak akan menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran seperti itu. Mereka tidak berusaha atau mengharap kepada sebarang kuasa ataupun simbol kecuali Allah. Hanya mereka yang jahil ataupun buta al-Quran sahaja sanggup memperdagangkan tulisan-tulisan ayat al-Quran untuk mengaut keuntungan. Ayat-ayat al-Quran yang merupakan panduan, perintah dan larangan hendaklah dipatuhi dengan perbuatan, tekad dan keyakinan yang `haqqul yakin'. Dan kepatuhan itulah dikatakan sebagai beriman - percaya dan yakin kepada apa yang Dia katakan.
Salah faham dan salah amal ini mungkin akan berterusan selagi hakikat sebenar al-Quran diturunkan serta apakah maksud dan maknanya tidak dijelaskan dengan sejelas-jelasnya. Umat Islam seharusnya tidak berpegang kepada keyakinan karut demikian, kerana ia bukan sahaja gagal menghayati roh al-Quran tetapi secara tidak langsung boleh menjejaskan keagungan Kitabullah yang menjadi mukjizat Rasulullah s.a.w. itu.
Hujah akal yang diberikan oleh Mualim tempoh hari sepatutnya direnungi dengan cermat dan mendalam. Apakah benar ayat al-Quran (ayat Seribu Dinar) boleh menambahkan rezeki perniagaan? Bagaimana pula justifikasinya bagi peniaga yang berjaya dan menjadi jutawan tanpa menggantungkan ayat berkenaan di premis-premis perniagaan mereka?
Oleh IMAM AL-GUANI, Bicara Agama, Utusan Malaysia